25 August 2020

ENGGAN DIBELEGU AURA NEGATIF - MAN RAJA LAWAK PADAM SEMUA HANTARAN DI IG



"Saya sudah buang semua hantaran status yang pernah dimuat naik dalam Instagram sebelum ini kerana enggan isu sumbangan derma itu terus berpanjangan. Lagi pun, saya tak mahu sedikit pun aura negatif wujud dalam media sosial saya.

"Apatah lagi, saya individu yang selalu positif. Bagi saya, apa yang sudah berlaku dengan dakwaan dibuat individu sebagai ujian jadi artis yang mana tak semuanya baik.

"Sedangkan Ustaz Ebit Liew yang baik dan dermawan itu pun orang kecam, inikan pula individu macam saya yang tak berapa nak baik, nakal-nakal ini," kata pelawak, Man Raja Lawak, 43, yang akhirnya memadam semua hantaran yang pernah dimuat naik di Instagram, minggu lalu kerana enggan dibelenggu aura negatif selepas dituduh menipu wang didermakan.

Man ketika dihubungi berkata, dia tidak mahu isu berkaitan derma dilakukan itu berpanjangan dan menganggap dakwaan negatif itu sebagai dugaan. Terdahulu, seorang individu mendakwa Man 'menipu' wang derma hasil kemenangan pertandingan Maharaja Lawak Mega tahun lalu bersama kumpulan Puteh yang ingin diagihkannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Klik untuk gambar besar


Man berkata, dia juga tidak terkesan dengan isu derma yang dipersoalkan itu kerana sumbangan dihulurkannya mengikut wang pendapatan hasil kerja diperoleh

"Individu berkenaan sudah pun dimaafkan dan tak perlulah dia mengganggu di media sosial saya lagi. Saya tak mahu aura negatif disebarkan kepada pengikut dan peminat yang selama ini menyokong saya. Saya tak pernah kenal dengannya dan tak tahu adakah dia salah seorang yang ada menghantar mesej memohon bantuan ketika PKP lalu.

"Terlalu banyak mesej yang saya dapat ketika itu dan memang tak dapat nak perasan pun. Bagaimanapun, selepas membuang beberapa status yang dimuat naik di media sosial sebelum ini, saya anggap isu ini sudah tamat," katanya.

Katanya, dia juga seorang yang tidak terlalu memikirkan masalah dan jika ada masalah pasti akan diselesaikan sebelum tidur: "Apapun, individu itu juga sudah saya sekat dari Instagram. Jadi, apa saja hantaran komen dibuatnya, Insya Allah tak akan masuk lagi di media sosial saya.

"Jika dia cuba mewujudkan akaun Instagram lain dengan nama baharu dan masuk untuk buat kacau di Instagram saya, memang akan terus disekat. Senang dan mudah," katanya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: