25 August 2020

TERKEJUT SAMPAI TERPIJAK - KAKI DIDI ASTILLAH BENGKAK & BERDARAH DIGIGIT TIKUS



Penyanyi dan pelakon Didi Astillah menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi satu insiden dimana kakinya telah digigit seekor tikus sehingga menyebabkan bengkak dan berdarah.

Menurut Didi atau nama sebenar Dayang Nazilah Awang Astillah, 24, insiden tersebut berlaku pada malam Isnin semasa dia keluar bersama teman-temannya. Kata Didi, dia terpaksa dibawa ke klinik untuk menerima rawatan.

"Insiden ni jadi malam semalam. Masa keluar dengan kawan-kawan, kaki kena gigit tikus. Lepas tu pergi klinik kena suntik pula. Benda paling saya tak suka dari sekolah rendah dulu... dugaan," tulis Didi.

Penyanyi lagu 'Bersama Di Hari Raya' ini berkata dia pada awalnya terkejut apabila seekor tikus berlari ke arahnya sehingga membuatkan dia terpijak haiwan itu. Tambahnya lagi, jeritan Didi mungkin menyebabkan tikus tersebut terkejut dan menggigit kakinya sehingga berdarah.

Klik untuk gambar besar


"Masa baru sampai parking di Jalan Imbi berdekatan Sungei Wang, saya terkejut ada tikus gemuk lari dekat kaki saya dan saya terpijak dia. Lepas tu jerit kuat gila. Jadi, mungkin disebabkan jeritan tu kuat sangat tikus tu pun terkejut dan gigit kaki saya. Lepas tu tengok dekat kaki dah ada darah," jelasnya.

Dalam pada itu, Didi berkata kakinya kini mengalami bengkak namun berada dalam keadaan baik. Didi sempat berpesan kepada pengikut Instagramnya supaya berhati-hati sewaktu berjalan untuk mengelakkan daripada digigit tikus.

"Terus panik kejap... bukan risau pasal sakit ke apa tapi takut kalau nanti jadi Tikus Woman. Tapi Alhamdulillah setakat ni okey saja. Cuma hari ni kaki bengkak. Jadi, berhati-hati di jalan ya ada tikus melintas," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Didi Astillah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: