Pelakon Nazim Othman menerusi satu entri yang dimuat naiknya dilaman Instagram telah memberitahu yang dia kini sedang cuba untuk berhenti merokok. Jelas Nazim jujur, dia lazimnya akan menghabiskan sekotak rokok tidak sampai dua hari. Kata pelakon 'Cindai' ini juga, dia sedang cuba untuk berubah demi masa depan yang lebih baik.
"Doakan saya istiqamah ya? Terima kasih. (All the best to everyone out there who's striving to live a healthy lifestyle. Kalau niat kita baik, Allah mesti tolong permudahkan)," tulis Nazim panjang lebar.
Terdahulu, Nazim sebelum ini disahkan mengidap ketumbuhan di bahagian otaknya pada Mac 2015. Selepas membuat pendedahan mengenai penyakitnya itu, Nazim pernah memuat naik gambar serta video pembedahan di kepalanya di Instagram.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Adi Putra
________________________

No comments:
Post a Comment