Pelakon Datuk Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim baru-baru ini telah selamat menjalani pembedahan pada 1 Ogos lalu di sebuah hospital swasta.
Melalui perkongsian seorang doktor pakar bedah, Dr Amir Adham di laman Instagramnya, dia selamat melakukan pembedahan Wide Awake Local Anesthesia No Tourniquet (WALANT) terhadap Adi Putra.
Dalam pada itu Adi Putra memberitahu dia melakukan pembedahan tersebut untuk membuang cyst pada bahagian buku lalinya.
Ramai peminat mendoakan agar Adi Putra segera sembuh daripada pembedahan tersebut.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Adi Putra
________________________

No comments:
Post a Comment