04 August 2020

DIPUJI BERKAKI AYAM DI LANTAI SIMEN - MAYA KARIN TAK KISAH, AKUI SELESA



Perkongsian pelakon Maya Karin yang memperlihatkan dirinya berkaki ayam di lantai simen ketika sedang memasak di dapur sebuah rumah yang dimuat naik di laman Instagram miliknya itu telah menerima pujian netizen. Foto tersebut turut dikongsi akaun Twitter Amran Fans yang membandingkan sikap aktres itu dengan kebanyakan wanita lain.



Katanya, apa yang dilakukan pelakon 'Pontianak Harum Sundal Malam' itu berbeza dengan segelintir wanita yang kononnya tidak mahu memijak lantai rumah kampung kerana tidak bersih: "Maya Karin rileks saja berkaki ayam masuk dapur yang tak bermozek. Kau yang muka berminyak, duduk Kuala Lumpur sewa bilik pula beriya tenjet kaki masuk dapur rumah kampung," tulis akaun itu.

Ciapan yang dikongsikan pada Isnin itu mendapat lebih 11,000 ulang kicau (retweet) dan 14,000 tanda suka (likes) Maya ketika dihubungi berkata dia tidak kisah dengan keadaan dapur rumah kampung tersebut asalkan kebersihan sentiasa terjaga.

"Tahun ini saya beraya di rumah ibu bapa kepada kawan baik saya di Ipoh, Perak. Masa itu semua orang sibuk di dapur dan sama-sama bergotong-royong. Bagi saya berkaki ayam atau tak, saya selesa saja. Walaupun mungkin dapur nampak tua dan ringkas tapi yang penting bersih," katanya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Amran Fans dan mengatakan mereka pernah berhadapan dengan situasi seperti ini: "Ada baca juga tweet budak-budak geli nak masuk lantai dapur rumah nenek, keliru aku dibuatnya... nenek mereka pakai lantai macam mana? Kalau nenek tu ada Twitter mesti dah sedih baca tweet cucu sendiri.

"Saya teringat anak buah saya tenjet kaki masuk dapur mertua saya. Mertua saya memang rumah kampung, separuh batu separuh kayu. Tapi entah la bagi saya walaupun budak kecil buat macam tu nampak sangat tak ada kesopanan datang rumah nenek atuk. Nasib baik bukan anak saya, kalau tak dah lama saya libas kaki dia.

"Maya ni kira okey lagi... Mak saudara saya dan anak-beranak dia langsung tak masuk jejak rumah arwah nenek. Tak sedar diri mak cik pak cik saya lahir dalam rumah tu... dah senang lupa asal usul sampai sekarang saya ingat apa mereka buat pada arwah nenek," komen beberapa netizen.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Maya Karin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: