06 August 2020

SELAMAT BERTUNANG - DAYANA ROZA PILIH AHLI PERNIAGAAN SEBAGAI BAKAL SUAMI



"One step closer. Alhamdulillah," demikian kongsi pelakon Dayana Roza, yang selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan A’dale Adham Ayahudin, 33 tahun petang semalam.

Untuk info, Dayana mengakui hampir enam tahun berkenalan barulah dia terbuka hati untuk menerima lamaran A’dale. Ini kerana, dia akhirnya melihat usaha jejaka itu yang serius dalam perhubungan mereka.

"Dulu tak sukakan dia kerana suka sangat cari gaduh dan menyakat saya. Pernah juga cakap perkara kawan saya, kalau dia lelaki yang terakhir di dunia ni pun sayaakan fikir banyak kali untuk kahwin dengannya.



"Tapi rupa-rupanya dialah lelaki yang menghargai saya, Alhamdulillah," ujarnya dipetik sebagai berkata ketika mengadakan majlis pertunangan secara tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan media terpilih di Damai Glasshouse, Kuala Lumpur.

"Datuk saya tak berapa sihat, biasalah sakit tua. Jadi kalau boleh nak percepatkan majlis pernikahan.

"Empat tahun lepas masa kami masih berkawan saya ada cakap nak meminang dia tapi dia tolak. Tapi saya cakap pada dia yang satu hari nanti saya akan kahwini dia juga," kata tunangnya A’dale, yang sudah tidak sabar mahu mengahwini Dayana.

Klik untuk gambar besar








         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: