"Bagi saya, pihak luar tidak perlu la nak masuk campur dalam urusan peribadi saya dan bekas isteri. Dia pun tidak tahu keseluruhan kisah, jadi tidak perlu la nak komen berhubung perkara itu. Apa yang dia komen itu merupakan urusan peribadi saya dengan bekas isteri. Sepatutnya dia tidak perlu ambil tahu pun apa-apa sebab tiada kaitan dengan dia.
Dr Che Hafiz berkata, Rita bukan orang yang sesuai untuk memberi komen berhubung nafkah memandangkan aktres tersebut tidak mempunyai kaitan dalam rumah tangganya. Tambah Dr Che Hafiz, dia sedar tanggungjawab sebagai seorang bapa dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang berlaku dalam hubungan itu.
Sebelum ini menerusi sebuah laporan, Rita Rudaini menegur bekas suami Lufya Omar, Dr Che Hafiz supaya menjalankan tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada anak perempuannya, Laana Haura. Menurut pelakon yang juga ibu kepada dua orang anak itu, dengan kecanggihan teknologi juga memudahkan urusan pemberian nafkah.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Dr Che Hafiz menegaskan, Rita tidak perlu memberi pengingatan kepadanya kerana dia telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa: "Tolonglah... dia pun ada urusan peribadi yang saya tak masuk campur.
"Lagipun, saya sendiri pun tak kenal dia secara peribadi. Jangan risau tentang saya kerana saya tahu tanggungjawab saya sebagai seorang bapa. Biarlah urusan peribadi saya dengan Lufya ini, kami selesaikan sendiri tanpa perlu melibatkan pihak luar," ujarnya.
Menerusi laporan mStar pada 14 Julai lalu, Dr Che Hafiz mengesahkan sudah bercerai dengan Lufya dengan talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam. Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment