06 August 2020

ISTERI IPPO HAFIZ SELAMAT BERSALIN ANAK SULUNG, 'YUSUF ZARIN NUR'



"Segala puji milik Allah, waktu asar tadi lahir lah "Yusuf Zarin Nur". Sungguh kuat bidadari @fararoslanx yang bertarung nyawa tadi. Terima kasih yang mendoakan ya. Terima kasih tak terhingga, sangat teruja.

"Sungguh hargai penantian selama 9 bulan ini," demikian tulis penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz yang kini sudah pun bergelar bapa selepas isterinya, Fara Roslan selamat bersalin cahaya mata lelaki, pada Rabu.

Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz berkongsi mengenai berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram. Berkongsi wajah anak pertamanya, Ippo turut berkongsi nama si permata hati, Yusuf Zarin Nur.

Serentak dengan berita gembira yang dikongsikan, rata-rata peminat memberikan dedikasi serta ucapan tahniah buat Ippo dan isteri. Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2019.

Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ippo Hafiz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: