Pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, telah meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya, selepas 3 tahun memegangnya. Perkara tersebut diumumkan oleh syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia Berhad.
AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos lalu, daripada Neelofa, hari ini.
Menurut syarikat itu, Neelofa menyatakan 'komitmen peribadi lain' sebagai alasan peletakan jawatan beliau. Neelofa dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment