07 August 2020

SWEETNYA... - AMELINA PILIH AHLI PERNIAGAAN SEBAGAI BUAH HATI



Kalau dah jodoh tak ke mana. Anak enam bukan penghalang buat sesiapa sahaja yang sedang dilamun cinta... kerana cinta itu buta!

Demikian halnya dengan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina, 46, yang kini sedang sweet-sweet dengan buah hatinya.

"Buat masa sekarang, kami masih saling mengenali antara satu sama lain. Kata orang, dalam fasa 'sweet-sweet'. Tapi, semuanya saya serahkan kepada jodoh," jelasnya yang mengakui dirinya sudah dimiliki oleh lelaki yang juga ahli perniagaan.

"Tak adalah nak kahwin tahun ini. Insya-Allah, macam saya cakap biarlah semuanya atas ketentuan jodoh," ujarnya dipetik sebagai berkata ketika melancarkan single sulungnya yang berentak balada hasil ciptaan penyanyi dan komposer, Aepul Roza..

"Anak-anak pun selesa dengan dia. Begitu juga dengan dia yang selesa dengan kerjaya saya sebagai artis.

Klik untuk gambar besar
"Apa yang penting, dia peramah, tidak sombong dan dapat bergaul dengan orang sekeliling saya. Itu membuatkan saya rasa senang dengan dirinya," tambahnya yang pernah berkahwin dengan usahawan bernama Reduan, pada 20 Mei 1999.

Penyanyi itu mempunyai enam cahaya mata iaitu Puteri 'Nur Athirah, 19; Putera Al' Affiq, 18; Putera Al' Asyraff, 17; Puteri Nur' Asyurah, 15; Putera Al' Arffa, 13; dan Putera Al' Amzar, 8 tahun.

BACA KISAH CANDID AMELINA YANG MENAIKKAN NAMANYA KEMBALI DALAM BIDANG SENI

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: