02 September 2020

AIMAN & ZAHIRAH BAKAL BERGELAR IBU BAPA - KANDUNGAN KINI 6 BULAN



Alhamdulillah... tahniah diucapkan kepada pasangan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson apabila mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga. Pasangan ini berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram milik masing-masing.

Menerusi entri itu, Aiman dan Zahirah berkongsikan gambar imbasan kehamilan. Aiman berkata dia tidak sabar menantikan kehadiran zuriat mereka itu. Bagaimanapun, Aiman tidak mendedahkan jantina anak yang bakal lahir kelak kepada umum. Zahirah pula mendedahkan kandungannya kini berusia enam bulan.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan berita gembira itu serta mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin kelak dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar


"So excited to meet this little person who is half me and half the one I Love. Alhamdullilah 👶🏼 @zahirahmacwilson," tulis Aiman. - "6 months of growing our little love. Mommy & Daddy can’t wait to meet you ❤️ @aimanhakimridza," kata Zahirah pula.

Sementara itu, ibu kepada Zahirah, Maslinda Yusof, 46, turut berkongsi rasa teruja apabila bakal timang cucu sulung tidak lama lagi: "Our 1st grandchild ❤️ Oma & Atok can’t wait to meet you little one #syukuralhamdullilah🤲 @zahirahmacwilson @aimanhakimridza," ujarnya.

Untuk makluman, Zahirah dan Aiman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu. Sementara Maslinda sebelum ini pernah berkahwin dengan bapa Zahirah, Zainol Macwilson dan akhirnya bercerai pada 9 November 2015. Zahirah merupakan anak sulung daripada empat beradik.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Media Hiburan, Instagram Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson & Maslinda Yusof

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: