02 September 2020

KERETA HONDA JAZZ - HADIAH SAHARUL BUAT ISTERI SEMPENA ANNIVERSARY



Pelakon Saharul Ridzwan membuat kejutan dengan menghadiahkan isterinya, Qaabila Deena Emir sebuah kereta jenis Honda Jazz, sempena ulang tahun keempat perkahwinan yang bakal disambut pada 16 September depan.

Berkongsikan perkara itu menerusi laman Instagram, Deena akui terkejut dan terharu dengan pemberian suaminya itu. Deena berkata ulang tahun perkahwinan mereka dua minggu lagi, namun dia mendapat kejutan awal.

"Surprise from the husband! MasyaAllah. Terkejut betul tadi sebab our wedding anniversary is on 16th Sept. Tapi dapat present today. Dia suruh siap tadi sebab nak record video untuk review (katanya).

"Habis la comot muka Deena, mascara meleleh sebab menangis 🤣😭 Allahuakbar sayang @saharulridzwan thank you for the love & effort. ♥️ my prayers are always with you. #Alhamdulillah," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Saharul menerusi Instagram miliknnya telah meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri yang dianggap pembawa rezeki untuk keluarga. Dalam masa sama, Saharul turut menasihatkan kaum lelaki agar memperbaiki hubungan suami isteri jika mahu rezeki melimpah ruah dan akan sentiasa diberkati. Malah, Saharul berkata belanja isteri dan keluarga adalah sedekah paling besar.

"Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi 'magnet rezeki'. Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga.

"Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita. 



"Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah. Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”

"Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka. Kawan-kawan, Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.

"A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person. Begitulah. 🦋🦋 Happy 4th Anniversary sayang @deenaemir ❤️," kapsyen Saharul sempena ulang tahun perkahwinannya tidak lama lagi.

Untuk makluman, Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali, kini berusia tiga tahun. Jun lalu, mereka menimang anak kedua iaitu bayi perempuan yang dinamakan Fateema Azzahra.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Qaabila Deena Emir & Saharul Ridzwan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: