07 September 2020

AKSI ELLY MAZLEIN SELAKU 'PRESIDEN NETIZEN' BUAT RAMAI PUJI, MAHU DIKEKALKAN



Artis serba boleh, Elly Mazlein dipilih sebagai Presiden Netizen sekali gus mewakili luahan rasa serta pandangan penonton di luar sana, bagi minggu keempat saingan program realiti, Big Stage 2020 yang berlangsung malam tadi.

Lalu seperti biasa, kehadiran penyanyi dan pelakon itu nyata menggamatkan perjalanan program tersebut malam tadi yang bersiaran secara langsung dari usat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.

Sarat elemen humor dalam situasi serba santai, Elly yang juga seorang pengacara itu turut dipuji kerana pemberian markah yang konsisten terhadap setiap peserta bertanding.

Menerusi Instagram, Elly turut memuat naik foto kandidnya yang turut membuat persembahan. Lalu, rata-rata peminat memuji penampilannya di Big Stage 2020 selain ada yang mengesyorkan agar posisi tersebut terus diberikan kepada Elly.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Elly Mazlein

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: