07 September 2020

REZEKI SELEPAS TERSINGKIR AWAL DI BIG STAGE - HANIE SORAYA TERIMA TAWARAN DOKTOR



"Rasa sedih pasti ada apabila tersingkir awal. Tipulah kalau tiada perasaan itu. Tapi, saya kena sentiasa kuat semangat. Sebagai orang Islam, saya percaya rezeki mungkin bukan di situ, tetapi pasti sudah ada ditempat lain.

"Alhamdulillah, pada 2 September lalu saya baru dapat jawapan untuk permohonan sebagai doktor diterima dan diminta melapor diri hujung bulan ini," demikian kata penyanyi Hanie Soraya Taha.

Akui Hanie, dia tidak bersedih lama dengan penyingkiran dilaluinya di minggu kedua Big Stage, apabila mendapat tawaran dipanggil bertugas sebagai doktor.

Hanie, 26, yang popular dengan lagu 'Hujung Dunia' itu berkata, penyingkirannya itu dianggap sebagai hikmah dan kesedihan dirasai terus terubat selepas mendapat khabar gembira berkenaan.

Hanie, graduan bidang perubatan dari Universiti Mansoura, Mesir akan bertugas di sebuah hospital terkenal di Kuala Lumpur: "Saya akan buat 'housemanship' selama dua tahun.

Klik untuk gambar besar


"Saya dah bersedia untuk menjalani rutin sebagai doktor yang perlu sentiasa bersedia melayan pesakit. Sebelum ini, saya pernah buat praktikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Ampang.

"Tak dinafikan, ada juga jururawat dan pesakit yang kenal saya. Hari pertama mereka mungkin 'krik! krik!' takut tersalah orang. Pada hari kedua, barulah mereka berani tegur saya selepas berjaya kenal pasti menerusi carian di internet," ujarnya.

Menurutnya, dia perlu bijak menyesuaikan diri antara kerjaya sebagai doktor dan penyanyi: "Saya sengaja melambatkan permohonan sebelum ini kerana nak fokus pada muzik terlebih dahulu.

"Apabila dah mula buat 'housemanship', jadual saya memang sangat padat. Apapun, saya hargai sokongan daripada semua pihak dan perlu pandai agihkan masa untuk kedua-dua kerjaya diceburi," tuturnya memegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Hanie Soraya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: