07 September 2020

DIHARAP SEGERA PULIH - BAYARAN ELAUN SANDRA DIANNE DI BIG STAGE DITERUSKAN



Berita kemalangan jalan raya yang menimpa penyanyi dan peserta program realiti Big Stage musim ke-3 iaitu Sandra Dianne, pihak Astro dan seluruh warga produksi bersimpati.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, selaku penganjur BS2020, mereka masih menunggu perkembangan terkini mengenai keadaan Sandra yang masih kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya sebelum membuat sebarang keputusan lanjut tentang penyertaannya dalam pertandingan ini.

"Sandra mendapat pengecualian bermula minggu ini sehingga tempoh yang diberitahu dan pihak produksi akan tetap meneruskan bayaran penuh elaun 'Big Stage 2020' kepadanya sehingga penganjuran musim ini tamat.

Klik untuk gambar besar


"Kami juga dengan berat hati ingin memaklumkan tentang pelan pelindungan insuran yang diambil ke atas semua program terbitan Astro hanya meliputi pemegang polisi yang berada di dalam kawasan rakaman sahaja," jelas Emarina.

Emarina ditemui ketika majlis sidang media konsert keempat yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) sebentar tadi. Apa yang penting bagi pihak produksi sekarang adalah untuk memastikan Sandra kembali sembuh.


"Kami berharap agar Sandra dan keluarganya dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Kami juga memohon agar semua pihak dapat memberi masa dan ruang kepada mereka untuk bertenang sehingga keadaan lebih stabil.

Sebelum ini, kereta yang dinaiki Sandra, 26, bersama seorang rakannya brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang semalam di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), berhampiran Subang Jaya itu, kereta jenis Great Wall itu kemudian melanggar sisi kiri sebuah kereta jenis Nissan Almera yang berada di hadapannya akibat hilang kawalan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Harian Metro & Instagram Sandra Dianne

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: