Semua sedia maklum, pelawak dan pelakon Zizan Razak sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon wanita antaranya Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah.
Untuk makluman, Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, pernah menjalinkan hubungan percintaan bersama Juliana Evans dan Emma Maembong. Namun baru-baru ini, terdapat seorang individu yang mengimbau kembali foto Zizan dengan pelakon wanita terbabit.
Apa yang menyedihkab, foto berkenaan telah menjadi bahan jenaka warganet selepas foto perkahwinan Mira Filzah memenuhi ruang media sosial sejak Khamis lalu: "If u want to get married, take a picture with Zizan," tulisnya menerusi laman media sosial Twitter.
Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa simpati terhadap pelawak kelahiran Terengganu itu: "Sian zizan. orang buat bahan of his past failed relationships. Nak buat macam mana dah takda jodoh. its not like he didnt try. urghh," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan
________________________

No comments:
Post a Comment