Selepas majlis resepsi pertama berkonsepkan The Midnite Sky, kali ini majlis resepsi kedua pula diadakan di Puchong, Selangor. Kelihatan cantik dengan busana biru muda, persalinan pasangan ini direka khas oleh pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi.
Menerusi laman Instagram, pereka fesyen bagi majlis kali ini memuat naik sekeping gambar memaparkan Mira Filzah di dalam busana yang direka khas olehnya. Tampil berbeza berbanding dua majlis sebelum ini, pasangan pengantin ini dilihat berseri-seri sekali.
Sementara itu, pelakon drama 'Bidadari Kiriman Tuhan' itu bersama suaminya merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Oh Bulan, Rotikaya & Instagram Mira Filzah, Rozita Che Wan & #emiramirah
________________________

No comments:
Post a Comment