07 September 2020

NOORKHIRIAH TERIMA MAKIAN HARI-HARI INDIVIDU TAK DIKENALI: "MUNGKIN NAK FOLLOWER KOT"



"Akak tak marah, cuma sila take note. Tolonglah jaga jari daripada berterusan buat dosa. Maaf, akak tak tutup nama dia. Sebab mamat ini macam sakit mental ke apa ke tak pasti. Tapi hari-hari hantar maki," kongsi pelakon Noorkhiriah.

Noorkhiriah mendedahkan kepada umum bahawa dia sering menerima mesej berbaur kata-kata kesat daripada individu yang tidak dikenali di Instagram miliknya.

Menurut Noorkhiriah, dia tidak mengetahui motif sebenar individu yang menggunakan nama samaran sebagai P.Ramlee apabila mengirimkan mesej tersebut setiap hari kepadanya.

Dalam posting tersebut, Noorkhiriah turut berkongsi paparan tangkap layar mesej yang diterimanya yang memanggilnya dengan nama 'b*bi'.

Klik untuk gambar besar


Menurut Khiriah, kemungkinan individu tersebut sengaja mahu mencuri perhatiannya untuk meraih pengikut: "Marah pun tak guna cuma apalah yang terbuku di hati mamat ni agaknya. Rajin betul hari-hari hantar maki kepada akak. Mungkin nak pengikut kot. Sesiapa rajin pergi follow ya," luahnya.

Di ruangan komen, pengacara Fiza Sabjahan juga mengakui menerima gangguan yang sama daripada pemilik akaun tersebut: "Saya pun dapat yang sama daripada orang yang sama kak," komennya.

Begitupun, menurut Khiriah dia memaafkan individu tersebut atas perbuatannya itu: "Barangkali dia sakit hati rumah dia tak ada air. Akak okay dik. Jaga jari, mental, fizikal dari hari-hari tambah dosa. Akak maafkan kau," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: