06 September 2020

MASIH KRITIKAL - SANDRA DIKECUALIKAN DARI BIG STAGE, TIADA PENYINGKIRAN TERHADAPNYA



"Kami masih menanti maklumat terbaru daripada doktor. Namun, melihat keadaan dirinya yang masih tidak sedarkan diri, pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra untuk minggu ini. Pihak kami juga akan maklumkan perkembangan terkini Sandra dalam program Big Stage dari semasa ke semasa. 

"Tiada penyingkiran terhadap Sandra akan dibuat walaupun dia tidak membuat persembahan malam ini," demikian kata pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal yang memberitahu, pihaknya amat bersimpati dengan insiden yang menimpa penyanyi dan peserta program realiti Big Stage 3, Sandra Dianne dan berharap dia segera sembuh.

Sandra yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), petang semalam diberi pengecualian untuk tidak beraksi di konsert Big Stage minggu keempat, malam ini.

Emarina berkata, tema minggu keempat konsert Big Stage adalah Baby Bash di mana setiap peserta akan menyanyikan lagu mengikut tahun kelahiran mereka. 

Klik untuk gambar besar


"Sepatutnya konsert malam ini Sandra akan mengalunkan lagu 'Nuri' nyanyian asal Ella. Apapun saya dan seluruh pasukan produksi Big Stage memohon doa peminat dan seluruh rakyat Malaysia supaya Sandra segera sembuh," ujarnya.

Kemalangan membabitkan penyanyi yang popular dengan lagu 'Hey Kau' itu dipercayai berlaku ketika dia dan sepupunya dalam perjalanan ke PICC untuk latihan penuh konsert Big Stage, semalam.

Hingga kini Sandra masih dalam keadaan krtikal dan tidak sedarkan diri. Bagaimanapun maklumat terpeinci mengenai situasi Sandra masih tidak dapat dipastikan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music iaitu Bella.



Katanya buat masa ini hanya ibu penyanyi itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

"Keadaan Sandra masih kritikal dan tidak sedarkan diri. Dia masih dirawat di ICU sejak semalam (Sabtu). Sehingga kini, kami belum dapat maklumat sepenuhnya daripada doktor. 

"Sebab hanya ibu Sandra sahaja dibenarkan masuk ke bilik ICU. Pihak kami nak cakap lebih lanjut pun tak berani sebab takut salah beri info. Harap semua orang dapat doakan Sandra," jelasnya.

Konsert Minggu Keempat Big Stage ditayangkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), jam 9 malam ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar & Instagram Sandra Dianne

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: