09 September 2020

AL-FATIHAH - PENGURUS KHAI BAHAR KEMBALI KE RAHMATULLAH



"2013 till 2020, Assalamualaikum, Dimaklumkan bahawa Fadly yusof (manager) telah kembali ke rahmatullah. Doakan semoga beliau tergolong dalam kalangan orang yang beriman.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah," tulis penyanyi Khai Bahar menerusi laman Instagram miliknya yang memaklumkan pengurusnya, Fadly Yusof telah meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi jantung, paru-paru, buah pinggang dan hati.

Menurut Pengurus Perhubungan Awam dan Publisiti kepada Khai yang juga merupakan rakan kepada Allahyarham, Mohammed Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jai, dia mendapat berita sedih tersebut pada pagi tadi.

"Kami mendapat panggilan telefon mengatakan Allahyarham Fadly atau lebih mesra dengan panggilan Abang Fad meninggal dunia pagi tadi.

"Saya tidak dapat menyatakan waktu yang sebenarnya, tetapi kami mendapat berita tersebut pada pukul 10:45 pagi tadi," kata Jai ketika dihubungi.

Menurut Jai, Allahyarham Fadly sememangnya mengalami pelbagai komplikasi sebelum ini tetapi tidak begitu serius sehinggalah dia dimasukkan ke hospital.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi yang baru melancarkan single terbarunya yang bertajuk 'Durja', Khai Bahar ternyata sangat bersedih atas kehilangan tersebut.

"Sebelum orang lain mempercayai bakat saya, Allahyarham Abang Fad terlebih dulu percaya. Tiga tahun dia memujuk saya sebelum saya bersedia untuk menjadi penyanyi.

"Dialah orang yang bertanggungjawab membawa nama Khai hingga ke hari ini, dan kehilangan ini sangat besar dalam hidup Khai," tambah Khai yang nyata sedih dengan berita tersebut.

Ketika dihubungi, Khai bersama Pengurus Perhubungan Awamnya di dalam perjalanan ke Batu Pahat. Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya selepas solat Asar nanti.

Salam takziah daripada kami.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Khai Bahar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: