09 September 2020

"SAYA TAK ADA KUASA NAK KAWAL..." - PU RIZ JAWAB SERING DIKAITKAN DENGAN NEELOFA



"Hubungan saya dan dia (Neelofa) atas dasar kerja. Saya sudah lama bekerjasama dengannya untuk beberapa program dan Alhamdulillah berjaya. Kita bekerja sahaja, pergi kemana-mana dengan dia pun untuk menyampaikan dakwah dan tidak membabitkan soal hati dan perasaan.

"Kita tengok ini satu usaha dakwah sahaja. Jadi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik. Kita menyeru orang untuk buat benda baik bukan melalaikan... Maka sama-samalah doakan semua mendapat jodoh baik dan paling penting mengutamakan agama.

"Sesungguhnya agama akan membantu kita," jelasnya." kata pendakwah bebas dan pelakon PU Riz yang tampil bersuara apabila dirinya sering kali dikaitkan dengan pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa.

Kata Riz, hubungan dengan wanita itu hanyalah atas dasar kerja. Hal ini kerana, beliau mendedahkankan sudah lama dirinya menjalinkan kerjasama dengan Neelofa menerusi beberapa program.

PU Riz dalam masa sama turut mengakui dirinya amat memandang tinggi golongan wanita yang berusaha untuk menjaga aurat dan maruah tidak kira apa juga latar belakang keluarga dan kerjaya.

Menurutnya, beliau kini difahamkan tidak boleh menghalang atau menutup mulut mana-mana pihak yang tidak henti-henti mengaitkannya dengan Neelofa. 

Klik untuk gambar besar

 

"Kalau netizen nak cakap apa, saya tak ada kuasa nak kawal apa yang mereka nak perkatakan. Apa yang pasti saya buat untuk akhirat. Sebelum ini pun saya pernah bekerjasama dengan Lisa Surihani dan ramai lagi artis lain.

"Kita membantu sesama orang seni. Mana saya mampu saya nasihatkan, kalau tak saya minta orang lain tolong nasihatkan. Kalau boleh saya nak buat benda-benda maaruf sahaja dan mengingatkan kita tentang Allah," ujar bintang filem 'Ada Apa Dengan Dosa' itu.

PU Riz ketika diasak pertanyaan adakah Neelofa punyai ciri-ciri wanita idamannya, ini katanya: "Orang bertudung... kita hargai usaha murni untuk menutup aurat. Mana-mana wanita yang berusaha untuk menutup aurat dengan baik kita hargai. Kita tak mahu ada kontroversi apabila membuat kerja-kerja agama," tuturnya.

Disoal berkenaan status terkini, Riz memaklumkan bahawa secara umum bukan caranya untuk bercinta sakan: "Belum kahwin lagi. Girlfirend-girlfriend tak ada dalam agama. Kalau nak kenal dengan seseorang tiada masalah. Kita tak ada nak mengorat, bukan stail kita," ujarnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila wujud khabar angin yang mengatakan Riz menjalinkan hubungan rapat dengan personaliti popular itu sejak Ramadan lalu. Namun segalanya terjawab apabila Riz tampil menafikan perkara tersebut.



www.myartis.com / Sumber: Baeutifulnara & Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: