10 September 2020

'PERIGI CARI TIMBA' - ERNIE ZAKRI MENGAKU MENGURAT SYAMEL



"Sebenarnya Ernie yang confess suka kat dia. Kita perempuan kena berani. Saya rasa kalau saya tak ambil langkah pertama tu, takdenya.

"Tapi dia cakap dia suka saya cuma masa tu kami tengah bekerja dan dia tak nak ganggu fokus saya," demikian pendedahan berani Ernie Zakri melalui sebuah program TV.

Gara-gara sikap beraninya itu, dia dan Syamel akhirnya selamat mengikat tali pertunangan pada bulan lalu. Langkah pertamanya meluahkan perasaan suka kepada Syamel meskipun dilihat terdesak seperti 'perigi mencari timba', namun ia sesuatu yang bagus kerana tidak semua wanita mempunyai keberanian begitu.

Lebih menggembirakannya, dia tidak bertepuk sebelah tangan, malah tunangnya Syamel sebenarnya turut menyimpan perasaan yang sama terhadapnya.

Klik untuk gambar besar


"Saya merupakan seorang yang suka berterus-terang apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan perasaan," tambahnya.

Terdahulu ketika mereka selesai membuat persembahan disebuah majlis perkahwinan, puji Ernie pada Syamel: "It was our 1st wedding performance selepas PKP, jadi nervous tu extra sikit semalam. But alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Terima kasih menjemput kami! Handsome betul Bang Mel ni lama lama ku tenung. Okay saya je boleh cakap macam tu tau."





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: