10 September 2020

SAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-4 - BELLA & ALIFF TERUS TABAH HADAPI UJIAN



"Hari ini menandakan ulang tahun ke-4 untuk kita sayang. Saling mengenali selama tujuh tahun dan menempuh banyak rintangan bersama selama itu.

"Saya belum menjadi suami yang sempurna tetapi Allah memberkati kami untuk terus kuat," ujar Aliff Aziz meluahkan rasa syukur apabila berjaya menempuhi pelbagai ujian bersama selama tujuh tahun perkenalan dan empat tahun melayari rumah tangga bersama Bella Astillah.

Tambahnya, biarpun belum menjadi seorang suami yang sempurna, namun Allah memberkati rumah tangga mereka untuk kekal bertahan.

"Saya doakan wabak ini segera berakhir. Semoga tahun-tahun yang lebih diberkati datang untuk kita Insyaallah. Saya sayang awak Bella Astillah," kongsinya di IG yang merasa cinta mereka turut dilengkapi dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sementara itu, Bella turut berharap perkahwinan yang dibinanya itu kekal dan diberkati Allah.

Klik untuk gambar besar


"Empat tahun bukan masa yang singkat, tapi bukan masa yang lama kita bersama. Semoga Allah sentiasa merahmati perkahwinan ini.

"Apa yang saya boleh cakap sekarang kehidupan saya sempurna bersama dua cahaya mata kami," ujarnya yang berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016.

Meskipun pernah dilanda badai dan pernah mengambil keputusan bercerai pada 16 Mei tahun lalu gara-gara Aliff beberapa kali didakwa curang, namun mereka secara senyap kembali rujuk sebagai suami isteri ketika masih tempoh edah.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: