10 September 2020

PANDU KERETA BAWAH UMUR PADA 2018 - ANAK JUTAWAN KOSMETIK DISIASAT



"Kejadian dipercayai berlaku berdekatan rumah berhampiran Meru Hills, Ipoh, dengan remaja itu turut dilihat berbual dengan seseorang dipercayai wanita.

"Siasatan lanjut diteruskan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ipoh melalui laporan yang dibuat pegawai trafik bagi mengenal pasti identiti pelaku dan butiran kenderaan di dalam video itu," kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, mengenai video tular yang memaparkan seorang remaja perempuan bawah umur memandu kereta yang dipercayai dirakam pada 2018 lalu.

Tambahnya pada Harian Metro, video berdurasi 33 saat itu tular selepas dimuat naik di laman Facebook 'Sayang-Sayang DSV'.

Setakat ini pihaknya masih belum mengenal pasti model dan nombor pendaftaran kereta yang dipandu remaja berkenaan untuk disiasat mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan.

Klik untuk gambar besar


Selain pemilik kereta, pelakunya juga boleh disiasat mengikut Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu kenderaan tanpa lesen.

Difahamkan, video remaja itu dirakam oleh seorang wanita dipercayai ibunya yang juga seorang jutawan kosmetik terkenal.

Siapa ya? Heh...



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: