02 September 2020

AMYZA JATUH SAKIT: "TIADA MASA REHAT SIBUK KERJA, JADI BILA ALLAH BAGI REHAT..."



Menerusi laman Instagram, pelakon Amyza Aznan mengakui kerana kesibukkan kerja dia jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Menurut Amyza, dia kini semakin baik dan perlu berehat.

Dalam entri tersebut, Amyza memuat fotonya terlantar di hospital. Amyza beretrima kasih kepada syarikat produksi kerana difahamkan dia jatuh sakit ketika penggambaran sedang berlangsung.

"Saya ok, jangan bimbang semua. Bila setiap hari kau tiada masa rehat kerana sibuk dengan memenuhi tunturan kerja. Jadi, bila Allah bagi rehat, saya rehat la. tq so much to all doctors and nurses yang sangat efisen tak terluah dengan kata-kata.

"Terima kasih kepada semua kawan-kawan di set shooting yang tanpa hendti bagi sokongan moral. Terima kasih ZQB production yang menjaga kebajika artis. Kasihan pembantu pengarah yang hari-hari fikir nak ubah jaduah kerana saya," katanya. 

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Amyza Aznan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: