02 September 2020

ISTERI SEORANG PENJAWAT AWAM - FENDY BAKRY BERI SEBAB RAHSIAKAN HUBUNGAN



"Dia seorang penjawat awam. Cuma, isteri minta rahsiakan pekerjaannya. Statusnya juga seorang bujang. Tapi dia bukan guru," demikianlah kata pelakon Fendy Bakry ketika dihubungi yang mendedahkan isterinya, Ayu Afnizar yang dinikahinya pada Ahad lalu merupakan seorang penjawat awam.

Begitupun, Fendy atau nama sebenarnya, Mohd. Affandi Nor Bakri, 32, enggan mendedahkan secara terperinci profesion atas permintaan isterinya. Katanya, isterinya itu mula mengenalinya ketika wanita tersebut masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bahkan, menurut Fendy, dia juga mempunyai alasan tersendiri apabila membuat keputusan untuk merahsiakan hubungan dengan wanita berusia 27 tahun itu sebelum ini: "Kami bukanlah merahsiakan. Cuma, kami tidak mahu heboh-heboh. Lebih-lebih lagi bila kita tak tahu sama ada hubungan itu pasti atau tidak.

"Takut juga berlaku macam sesetengah orang apabila berkongsi sana sini, sekali tahu-tahu putus pula hubungan tersebut. Jadi, bila dah sampai masanya barulah kami kongsikan," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Fendy turut berkongsi gambar sekitar majlis pernikahannya buat pertama kali di Instagram yang diadakan pada 30 Ogos lalu: "Sungguh tidak disangka yang saya jadi suami orang.

"Dulu selalu cakap 'ah nak bina empayar dululah baru kahwin'. Sebenarnya dalam kita sudah berumah tangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama-sama. Apatah lagi untungnya sebab ada tulang belakang yang kuat," coretnya.

Pada Ahad lalu, Fendy mengejutkan ramai pihak apabila melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali kira-kira sejak empat tahun lalu.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fendy Bakry

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: