Menerusi muat naik di laman Instagram, balu kepada arwah pelawak dan pelakon Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah telah berkongsi satu video dimana anaknya, Syed Uthman Hamzah kini sudah mulai pandai berjalan.
Dalam entri yag sama, Hidayah meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar
anaknya yang kini sudah mencecah usia lebih setahun itu membesar dengan
baik sebagai seorang anak yang soleh.
"Moment my dear son Alhamdulillah, thanks to Allah. Hamzah already know how to walk. Falling and getting up is normal, learning process, Keep it up and you can do it. May God bless you and grow up to be a good child.Al-fatihah buat Syed Umar Mokhtar.. Aamin #1stwalk #alhamdulillah #kitabaikramaisayang #alfatihaharwahabam," tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi kata semangat kepada ibu tunggal itu supaya cekal dan tabah menghadapi ujian hidup. Untuk makluman, arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas. Jenazah arwah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Siti Norhidayah
________________________

No comments:
Post a Comment