01 September 2020

BILA 'PELUKAN MESRA' AYDA JEBAT & NABIL MAHIR BUAT NETIZEN 'PANAS HATI'



Sempena hari kemerdekaan yang ke-63 tahun, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah berkongsi sebuah foto bersama berlatar belakangkan kebun bunga berbentuk bendera Malaysia. Bagaimanapun, tindakan pasangan itu menerima kecaman netizen.

Rata-rata menegur dan berpendapat aksi mesra berpelukan di hadapan hiasan tanaman berbentuk bendera Malaysia sebagai tidak sesuai berikutan belum mempunyai ikatan yang sah.

"Selamat Hari Merdeka yang ke-63, Malaysia! Terima kasih kepada semua yang telah berkorban nyawa demi Malaysia dan kebebasan untuk kita semua. Kami sangat bertuah menjadi rakyat Malaysia," tulis Nabil. 

Klik untuk gambar besar

Perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram Nabil itu menerima lebih 100 komen yang memberikan pendapat masing-masing. Malah, ada yang membandingkan mereka dengan pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakri yang masih menjaga batas antara satu sama lain walaupun baharu mengikat tali pertunangan.

"Jangan peluk-peluk gitu... belum halal lagi. Cuba tengok Syamel dengan Ernie tu, tak geletis macam ni... tu fasal orang suka. - "Haram lagi hoi. Ada juga netizen komen pasangan romantik! Belum akad nikah celah mana boleh peluk-peluk, tak susah pun akad nikah bro. - "Alahai... belum kahwin, belum halal dah peluk-peluk. Tak panjang jodoh macam ni," komen beberapa netizen.

Untuk makluman, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan secara dalam talian (online) pada 28 April lalu. Kisah perhubungan pasangan selebriti ini mula menjadi perbualan hangat netizen apabila Ayda berkongsi foto cincin lamaran yang diterimanya semasa ulang tahun kelahiran ke-28 pada 18 Mac lalu.



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram NabilMahir & Ayda Jebat

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: