01 September 2020

FADZIL ZAHARI: "SELAMAT ULANG TAHUN KE-5 HUTANG... MOGA SIHAT KUMPUL HUTANG KELILING PINGGANG"



"Selamat ulangtahun ke-5 hutang Zery Zamry. Moga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya... agar dapat mengumpul hutang keliling pinggang dengan lebih efisyen tahun ni..," ujar pelakon dan penerbit Fadzil Zahari dengan nada sinis yang mendakwa pereka fesyen Zery Zamry sudah lima tahun berhutang namun sehingga kini masih mendiamkan diri.

Suami kepada pelakon Yana Samsudin itu mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Fadzil memuat naik foto Zery bersama rakan-rakanya yang sedang bercuti di sebuah pulau.

"Plan cuti mana tahun ni? Bali ke Mabul? Hutang 5 tahun tanpa faedah. Tag rakan anda yang masa nak minta pinjam duit nangis- nangis, dah dapat duit hilang taktau pi mana. DM(mesej peribadi) abang untuk Post Review Kutip Hutang, slot terbuka sekarang!" katanya berseloroh.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata berkongsi pengalaman apabila duit yang dipinjam tidak dibayar. Namun begitu, ada juga netizen mengecam tindakan Fadzil yang membuka aib.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fadzil Zahari

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: