21 September 2020

ANAK FAUZI NAWAWI, FAREEZ SELAMAT BERTUNANG - BAKAL NIKAH 22 NOVEMBER INI



Tiada angin tiada ribut, tup-tup penyanyi Fareez Fauzi, 23, mengakui dirinya bakal berkahwin dengan kekasih hati yang dikenali sebagai Tyqa, 22, pada 22 November ini.

Sebelumnya, anak kepada pelakon Fauzi Nawawi Fareez itu yang sudah tujuh tahun bercinta dengan Tyqa selamat melangsungkan pertunangan pada 12 September lalu.

"Betul, saya sudah bertunang, Alhamdulillah. Kami sudah kenal sejak zaman sekolah menengah lagi dan dia muda setahun dari saya. Memang sengaja tak uar-uarkan sebab baru bertunang. Cuma, rakan-rakan rapat saja yang tahu.

"Pada majlis itu saya menyerahkan cincin merisik, tunang dan seutas rantai. Insya Allah, kedua belah pihak sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan pada 22 November ini. Kalau boleh tak nak bertunang dalam tempoh lama. Apatah lagi kami sudah bersama sejak tujuh tahun lalu," katanya.

Klik untuk gambar besar


Fareez yang juga juara program Mentor Milenia 2016 mengakui sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan suami.

"Persepsi orang, kalau kahwin kena perlukan duit banyak. Bagi saya dan keluarga, kalau sudah mampu buat saja yang termampu. Insya Allah, rezeki akan ada lepas kahwin.

"Saya okay saja kahwin muda. Lebih baik cepatkan benda baik. Sekurang-kurangnya ada orang menjaga saya selepas ini. Macam sekarang pun, saya dalam proses nak buat persediaan untuk menjadi ketua keluarga.

"Saya kena bersedia dari segi mental fizikal. Selepas ini pun saya kena kerja keras lagi sebab sudah ada keluarga sendiri," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sandra Dianne

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: