21 September 2020

TERSINGKIR SEMALAM DI BS2020 - NANA SHEME & HAFIZ ZAINAL PASRAH



"Dalam pertandingan ini kesungguhan awak setiap minggu boleh dapat A tapi saya rasa lagu ini tak tunjukkan kekuatan sebenar awak!" demikian komen Faizal Tahir yang mendakwa Nana Sheme tidak menonjolkan kekuatan sebenarnya.

"Malam ini lagu rock tapi saya tak rasa, macam lakonan... persembahan memang menghiburkan tapi kena sampaikan ke hati. Saya puji vokal ada improvement," ujar Dayang pula mengenai persembahan genre rock yang disampaikan oleh Hafiz Zainal yang dikatakan tidak sampai kepada penonton.

Akibatnya, Nana Sheme yang menyanyikan lagu "Ngam' nyanyian asal Sophia Liana dan Hafiz Zainal yang menyanyikan lagu 'Rampas' (Akim & The Majostret), tersingkir daripada saingan suku akhir, rancangan realiti Big Stage 2020.

Dengan penyingkiran itu, hanya enam peserta sahaja layak ke minggu hadapan setelah 'imuniti unlocked' bagi menyelamatkan Dinie Rashid yang turut tersenarai sebagai tiga peserta markah terendah, gagal menetapi sasaran apabila dia tidak tersingkir.

Klik untuk gambar besar


Untuk info, penyanyi Fadh Majid menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 77.7 peratus, diikuti oleh Qody Rany (76.3) dan Usop (74.6).

Peserta lain yang turut layak ke konsert separuh akhir ialah Azzam Sham dan Farisha Iris.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: