21 September 2020

"SORRY IF I EVER HURT YOU, MENTALLY OR PHYSICALLY" - UCAPAN AEDY ASHRAF PADA DIRI SENDIRI



Pada 20 September, Aedy Ashraf telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27. Sempena hari tersebut, Aedy atau nama sebenarnya Mohammed Zaedy Ashraf, telah mengucapkan hari jadi buat dirinya sendiri di laman Instagram.

"Happy birthday dy, semoga panjang umur kau dan sihat selalu. Sorry if I ever hurt you, mentally or physically. I love you dy. May your wish to be the best version of your self come true and may you find your happiness," tulis Aedy.

Entri di Instagram miliknya itu juga menerima banyak ucapan hari lahir daripada teman-teman artis serta peminat-peminatnya. Dalam usia yang masih dianggap muda, Aedy memilih untuk menjadi seorang usahawan.Aedy yang berasal dari Tumpat, Kelantan mula bergelar pelakon sejak berumur 10 tahun lagi ketika dia membintangi filem 'Jutawan Fakir'.

Klik untuk gambar besar


Aedy juga merupakan anak kepada pelakon yang mencipta nama sejak tahun 90an, Liza Zain. Memulakan kerjaya lakonan sejak kanak-kanak lagi, Aedy Ashraf seorang yang mementingkan kualiti berbanding dengan kualiti.

Kerana itulah dia sedikit memilih dalam melakonkan watak-watak yang ditawarkan. Bukan hanya berlakon, Aedy turut memilih untuk menjadi seorang usahawan dalam usia yang masih dianggap muda.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aedy Ashraf

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: