30 September 2020

ANAK GADIS AZHAR SULAIMAN MENANGIS-NANGIS, AKUI JADI MANGSA BULI SIBER



Menerusi laman Instagram, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona telah berkongsi sepotong video meluahkan kekecewaan menjadi mangsa buli siber di Internet.

Kata Leona, pada satu tahap dia merasakan telah dibuli dengan melampau oleh segelintir netizen terutama di media sosial.

"Saya harap pada suatu hari nanti orang akan sedar apa yang saya cuba sampaikan. Saya sentiasa menunjukkan sisi yang gembira tapi menjadi orang yang ceria pun masih membuatkan saya rasa sedih.

Klik untuk gambar besar


"Saya rasa tersinggung. Adakalanya pada satu tahap ia (buli siber) ini jadi melampau-lampau," katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Video itu telah ditonton lebih 590,000 kali dan mendapat lebih 51,000 tanda likes. Pada masa sama, pengikut Leona di akaun terbabit turut berkongsi kata-kata semangat dan menitipkan doa agar terus tabah.

Malah, ada yang tersentuh melihat air mata Leona yang sentiasa periang akhirnya tumpah. Leona sebelum ini sangat terkenal dengan kelincahannya menari di aplikasi Tik Tok dengan mempunyai jumlah pengikut yang cukup ramai.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Kasih Iris Leona

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: