01 October 2020

KHATY FAUZIAH SYUKUR MENANTUNYA BUNG MOKTAR MASIH MENTERI



"Alhamdulillah.. Tahniah menantuku! Mommy bersyukur Allah SWT mendengar doa2 mommy, semua ahli keluarga, sahabat2 handai, rakan2 taulan serta penyokong2," kongsi ibu mentua kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin iaitu Khaty Fauziah yang bersyukur apabila menantunya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dan masih menjadi Menteri.

Ini kerana, Bung kini bertukar pula memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Sabah.

Bagaimanapun, Bung menyifatkan pertukaran portfolio antara beliau dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Masidi Manjun bukan isu besar yang boleh mengganggu-gugat pentadbiran kerajaan negeri.

"Sebenarnya ia bukan isu, melainkan hanya salah faham dalam komunikasi. Perubahan ini boleh berlaku mengikut kesesuaian dan sebenarnya tidak ada masalah pun. Kami akan saling bekerjasama dan saya juga yakin kami akan bertahan lama dalam kerajaan ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Saya sangat respect Dato Bung.. Dia sangat hebat. Di Parlimen dia savior BN. Tahniah atas kemenangan dalam PRN Sabah dan seterusnya di lantik TKM. Teringin sangat berjumpa dengan Dato.

Klik untuk gambar besar


"Dah tertulis jodoh dato dengan isterinya korang pun cakap usia dato bung elok dengan mak mertua dia plak... aku suka dato bung ni dia kalau Kat parlimen memang semangat kalau dia buka mulut orang sebelah sana terkial2 nak jawab balik," puji penyokongnya.

Meskipun ada yang mengucapkan selamat maju jaya, tahniah dan syabas... namun ada juga kalangan netizen yang seolah memerli Bung yang kini berusia 62 tahun itu.

"Menantu dengan mak mertua macam rakan sebaya," tulis salah seorangnya di laman sosial. "Inilah jodoh paling unik kat malaysia," tambah mereka.


"Laaa menantu rupanya.. ingatkan atok dan nenek," perli yang lain.

"Takpe zizie cakap 'tahun depan i beranak lagi yunk' u kan dah masyukkk... Maka Beranak lagi si zizie tahun depan," komen yang lain pula.

Kesimpulannya, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya? Ia adalah lumrah dalam kehidupan ahli politik, tambah-tambah bila mengahwini artis cantik sebagai isteri kedua. Bertabahlah... heh!



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: