01 October 2020

AL-FATIHAH - BAPA MENTUA FAKHRUL UNIC KEMBALI KE RAHMATULLAH



Menerusi laman Instagram, penyanyi kumpulan UNIC iaitu Fakhrul telah memaklumkan berita sedih dimana bapa mentuanya, Sohimi Ahmad telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12 tengah malam tadi.

"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Ayahanda mertua saya Sohimi Ahmad dah kembali ke rahmatullah jam 12 tengah malam tadi. Moga Allah mudahkan perjalanan Abah dunia akhirat. Mohon doakan Abah," beritahunya.

Menerusi entri tersebut, Fakhrul berkongsi perbualannya bersama keluarga iparnya yang mengesahkan berita duka tersebut. Beberapa hari lalu, Fakhrul ada berkongsi mengenai perkembangan kesihatan bapa mertuanya yang dirawat di Unit Rawatan Khas (ICU).

Klik untuk gambar besar


"Tadi bincang dengan doktor mereka mahu periksa paru-paru. Nak tengok dahulu sama ada perlu tebuk atau tidak," kata adik ipar Fakhrul atau nama sebenarnya, Mohd. Fakhrul Radi Khamaruddin sebelum ini.

Pun begitu, Fakhrul tidak berkongsi lanjut mengenai penyakit yang dihidapi bapa mertuanya. Fakhrul menerima banyak ucapan takziah dari pengikutnya di laman sosial selain meminta agar dia dan keluarga kuat menerima dugaan tersebut.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fakhrul UNIC

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: