01 October 2020

RAKAM MUZIK VIDEO DALAM GEREJA - ISMAIL IZZANI SEDIA DIKECAM, ADA SEBAB KUKUH



"Saya bersedia dengan segala kemungkinan," demikianlah kata penyanyi Ismail Izzani yang memberitahu dia bersedia untuk berdepan dengan kecaman netizen yang kurang senang dengan tindakannya yang melakukan penggambaran muzik video untuk lagu terbaharunya berjudul 'Ada Cara' di sebuah gereja.

Sedar pemilihan lokasi penggambaran video muzik tersebut akan menimbulkan sensitiviti, namun Ismail berkata dia mempunyai sebab kukuh dan berpegang pada mesej yang yang mahu disampaikan menerusi lagu berkenaan.

"Cuma apa yang saya mahu tekankan ialah mesej yang cuba disampaikan dalam video video ini. Saya mahu penonton nampak jalan cerita tentang sepasang kekasih tetapi berbeza agama.

Klik untuk gambar besar


"Saya memilih gereja supaya senang orang faham konteks jalan cerita 'Ada Cara' menyentuh soal agama. Jadi saya tidak rasa ada yang salah," katanya.

Kata Ismail lagi, penggambaran video muzik yang dilakukan di sebuah gereja di Damansara, Petaling Jaya itu turut memberi pengalaman baharu buat dirinya dan akui kekok pertama kali masuk ke tempat berkenaan.


"Mestilah rasa pelik sebab ini kali pertama saya masuk ke situ. Rasa tidak biasa dan kekok. Sampaikan saya terpaksa ambil masa selama setengah jam untuk bersedia sebelum memulakan penggambaran.

"Tetapi apabila fikirkan tentang mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, saya perlu buat yang terbaik. Lirik lagu ini sendiri pun sudah mendalam, ditambah dengan visual dalam gereja membuatkan hasilnya sangat mengagumkan.

"Apatah lagi lagu ini berkisar tentang agama. Kisah cinta seorang lelaki yang berpegang teguh kepada agamanya. Manusia berbeza tetapi Tuhan hanya satu dan lelaki dalam lagu memilih Tuhannya," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Ismail Izzani

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: