"Saya tahu apabila dah ceburi dunia hiburan pasti akan berdepan dengan
kontroversi tapi saya tak jangka akan sampai seteruk ini.
"Ini pertama kali saya terpalit dengan kontroversi macam itu," demikianlah kata penyanyi Ara Johari apabila pengalaman berdepan kontroversi melibatkan dakwaan yang agak keras iaitu 'kaki mabuk' pada Ogos lalu cukup memberi pengajaran buatnya.
Biarpun tidak pernah menjangkakan bakal berdepan dengan isu tersebut namun Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi semangat kepadanya.
"Masa itu saya rasa pelik kenapa cerita seperti itu boleh timbul... macam mana boleh terjadi. Nasib baik ada keluarga saya beri sokongan dan selalu berpesan supaya biarkan saja apa orang nak kata.
Klik untuk gambar besar
"Saya punya back up adalah keluarga saya sendiri sebab mereka kenal saya macam mana dan bapa saya pun cakap jangan fikirkan sangat," kata Ara.
Sebelum ini, penyanyi berusia 23 tahun itu didakwa mempunyai masalah disiplin dan sengaja tidak hadir bagi menjayakan sebuah program hiburan gara-gara mengambil minuman keras.
Sekitar bulan Ogos lalu, Ara menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan tindakkan dia menarik diri pada saat akhir disebabkan oleh faktor kesihatan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Bunga' ini mengakui dia berasa tertekan hingga bertindak mengurungkan diri di rumah: "Sejujurnya saya memang rasa down (tertekan) sangat sepanjang minggu itu sebab saya rasa macam mengarut.
"Kalau nak bercakap pun, janganlah sampai memfitnah saya yang bukan-bukan. Sepanjang waktu itu, saya rasa tak nak keluar rumah. Saya rasa macam orang asyik cakap benda itu saja... saya jadi takut.
"Selepas seminggu isu itu berlalu, saya bangkit semula dan biarkan saja apa orang nak cakap. Sekurang-kurangnya kita tak buat seperti yang didakwa. Saya difitnah pun dapat pahala juga," katanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ara Johari
________________________

No comments:
Post a Comment