30 September 2020

TIPU PAKEJ PELANCONGAN, PASANGAN SUAMI ISTERI DICEKUP - ADAKAH BEKAS PA ALIFF SYUKRI?



Sebelum ini, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagram memberitahu yang dia tidak mahu dikaitkan dengan bekas kakitangannya berkenaan kes penipuan pakej pelancongan.

Baru-baru ini, nama usahawan tersebut kembali disebut warganet apabila pasangan suami isteri ditahan tersebut dikatakan bekas kakitangan Aliff Syukri.

Tambahan lagi apabila media melaporkan pasangan yang ditahan itu merupakan pengasas kepada syarikat I&I Paradise Venture.

Terdahulu, bekas pembantu Aliff Syukri menjadi tular selepas banyak yang mendakwa syarikat I&I Paradise Venture memperdaya orang ramai dengan menjual pakej percutian palsu.

Pada 25 September lalu, suspek yang merupakan pasangan suami isteri berusia 26 dan 27 telah ditahan susulan beberapa laporan berhubung penipuan pakej pelancongan oleh yang sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Muhammad Yazid Muhammad Yew, berkata siasatan kes terhadap syarikat diasaskan kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu bermula sejak 13 September lalu.

"Kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," tuturnya.

Difahamkan seramai 519 individu menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan didalangi suami isteri tersebut dengan jumlah kerugian lebih RM611,000.

"Laporan tertinggi diterima di daerah Sungai Buloh dengan 30 laporan membabitkan 63 mangsa dengan jumlah kerugian sebanyak RM26,193.

"Jumlah kerugian tertinggi dicatatkan RM261,269 menerusi tujuh laporan polis oleh tujuh mangsa di Ampang Jaya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Yazid berkata, sebanyak 10 laporan polis membabitkan 194 mangsa diterima polis daerah Petaling Jaya dengan jumlah kerugian sebanyak RM232,110.

Katanya, polis daerah Kajang menerima empat laporan membabitkan 204 mangsa dengan kerugian sebanyak RM48,929 dan di daerah Gombak, ada tujuh laporan membabitkan 26 mangsa dengan jumlah kerugian mencecah RM15,430.

"Sebanyak enam laporan oleh 20 mangsa diterima polis daerah Shah Alam dengan jumlah kerugian RM19,472, tiga laporan di Subang Jaya dengan kerugian RM4,097 dan dua laporan di Sepang dengan kerugian RM3,493," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: