25 September 2020

AZZA ELITE BENGANG DITEMPELAK PAKAI FILTER: "SUKA HATILAH, YANG CANTIK TU KAMI BUKAN KAU"



Menerusi entri terbaru di laman Instagram, pelakon Azza Elite memuat naik satu video dimana dia meluahkan rasa berang dengan tindakan segelintir pihak yang mempertikaikan tindakannya menggunakan aplikasi 'filter' pada wajah.

Menurut Azza, dia tidak faham apabila ada sahaja pihak yang seolah-olah tidak senang hati biarpun tindakannya itu tidak pernah mendatangkan masalah kepada sesiapa.

"Anda ada masalah kalau orang lain pakai filter? Biarlah orang pakai filter, kenapa kau susah hati? Kau nak pakai filter ke tak nak ke, ada kami kisah.

"Suka hatilah, yang cantik tu kami, bukan kau. Apa masalah dengan filter? Kau ingat filter tu suka dengan kau. Apa masalah anda?," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Katanya, isu tersebut sepatutnya tidak perlu wujud kerana ia terpulang kepada hak individu masing-masing: "Pasal filter sahaja pun. Apa masalah anda kalau orang pakai filter? Sakit hati orang pakai filter. Kau jangan akak pakai filter air di rumah kau," katanya.

Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pandangan Azza mengenai hal tersebut: "Betul tu Azza saye pun sangat-sangatlah setuju apa yang Azza cakap ni. Lagi satu telefon kitakan, suka hati kitalah nak guna filter ke tak, bukannye kite gune filter ambil telefon orang.

"Setuju, tak perlulah nak berdengki ke apa, bila dah tahu yang real pun diam sahaja. - "Entah, pakai filter pun muka kita juga! Bukan pakai muka mereka pun," komen sebahagian pengikutnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Azza Elite

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: