25 September 2020

"KASIH & SAYANG AKAN SENTIASA MENANG" - DIPERLEKEH AZWAN ALI, NAIM DANIEL DIPUJI SENTIASA HORMAT



Semua mengetahui mengenai selebriti Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menyuarakan pendapatnya yang kurang enak didengar terhadap Naim Daniel pada awal tahun ketika penyanyi itu muncul juara dalam pertandingan Juara Lagu.

Namun perkara tersebut dijawap dengan penuh berhemah oleh pelakon dan penyanyi muda berbakat besar ini dalam satu muat naik di Instagram miliknya.

Ketika itu Twitter dan Instagram menjadi tempat 'berperang' antara peminat Naim dan Diva AA. Akhirnya, Diva AA tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya terhadap Naim.

Terbaru di Instagram milik Naim, dia memuat naik kembali segala keratan yang berlaku, termasuklah video dia bersama Diva AA yang turut mempromosikan sedikit single terbaru yang bakal keluar daripada Naim yang bertajuk 'Purnama'.

Klik untuk gambar besar

"Kasih dan sayang akan sentiasa menang," ringkas sahaja kapsyen yang ditulis oleh Naim pada video tersebut.

Ramai netizen yang memuji sifat dan sikap Naim yang sentiasa menghormati orang lain biarpun pada awalnya dia dikatakan diperlekeh oleh Diva AA.

Ketika ini Naim dalam persediaan untuk mengeluarkan single terbarunya yang berjudul 'Purnama' selepas berkolaborasi bersama dengan pemain gitar handalan Malaysia, Man Kidal dalam lagu 'Sembah'.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Naim Daniel

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: