13 September 2020

BAKAL PINDAH - EMMA KONGSI RUMAH BARU SERBA PUTIH DENGAN HIASAN CERMIN



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Emma Maembong memberitahu yang dia sudah tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru bersama suami tercinta, Muhammad Shazli Azhar.

Dalam entri tersebut, Emma berkongsi foto di ruangan ruang tamu yang kini dalam proses memasang hiasan dalaman sebelum ia boleh diduduki.

"Saya dan suami @shazli_a tak sabar tak sabarnya nak tunggu rumah baru siap. Macam ni pun dah boleh nampak lawa. Tak sabar nak tunggu hasilnya," tulis Emma di ruangan kapsyen.

Rumah yang dicat serba putih itu kelihatan sangat cantik dengan hiasan cermin melatari ruangan dinding utama. Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memuji kecantikan hiasan dalam rumah Emma yang hampir siap itu.

Klik untuk gambar besar


"Tak sabar nak datang rumah dia," komen Aprena Manrose. - Bestnya! Tahniah Abli dan Ema," kata Yaya Zahir. - "Alhamdulillah semoga Emma selesa dengan rumah baru ni dan untuk baby juga nanti," doa seorang wargamaya.

"Nanti wajib buat house tour ya, tak sabar nak tengok rumah Emma," tulis seorang wargamaya.- "Seronoknya baby nanti duduk rumah baru," puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 68,000 tanda suka daripada warga Instagram. Imbas kembali, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Emma Maembong

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: