Pelakon Nadzmi Adhwa memberitahu yang dia bakal menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Master. Sempena itu, Adhwa telah dihadiahkan oleh isterinya, pelakon Ardell Aryana sebuah komputer jenama Apple iMac.
Nadzmi yang terharu dengan pemberian isterinya itu berjanji akan lakukan yang terbaik dan menanam niat untuk ke peringkat tertinggi seterusnya iaitu PHD.
"Balik balik je dia tinggalkan nota kecik atas meja. Terima kasih sebab selalu support saya in everything. Dia (Ardell) kata dia dengan Urwa (anak) peminat number satu saya.
"Insya-Allah saya akan buat yang terbaik untuk sambung Master ni. Kalau ada rezeki sampai PHD Insya-Allah! Kawan baik saya tahu segalanya tentang saya, dari dulu sampai sekarang. Kawan baik saya ialah isteri saya. Saya sayang awak isteri," katanya.
Klik untuk gambar besar
Adhwa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik video rakaman menunjukkan komputer yang dimiliki dan sekeping nota.
Dalam nota tersebut tertulis, "This is for you! Saya dan Urwa support awak sambung belajar". Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan agar urusannya untuk sambung belajar dipermudahkan.
Untuk makluman, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019. Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu. Arwa Malaikha Urwa selamat dilahirkan pada 5 June 2020, jam 2.22.22.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nadzmi Adhwa
________________________

No comments:
Post a Comment