"Assalamualaikum semua, minta sedekahkan Al-Fatihah untuk Sandra yang telah meninggalkan kita.
"Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku. You're a good friend with a beautiful heart.
Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana.. innalillahiwainnailaihirojiun," kongsi penyanyi, Sufie Rashid di IG.
Untuk info, penyanyi yang juga bintang Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.
Sebelum ini, Sandra, 26, dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu.
Dalam kejadian itu, kereta yang dinaiki arwah bersama seorang rakannya itu brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment