11 September 2020

"RASANYA PEREMPUAN TAK SUKA LELAKI MACAM SAYA NI" - AZZAM AKUI SAYANG SHERYL



"Kalau orang tanya, saya akan cakap kami teman rapat. Kami dah lima tahun kenal. Saya sayangkan Sheryl dan dia sangat istimewa di hati saya. Dia seorang penyayang dan paling penting dia sangat memahami saya.

"Bagi saya, susah nak cari perempuan yang faham perasaan lelaki. Saya ni banyak kekurangan dan penakut. Rasanya perempuan tak suka lelaki macam saya ni. Saya bukan jenis yang gentleman atau manly.

"Saya lelaki yang biasa-biasa saja. Saya rasa bertuah mempunyai teman rapat yang menerima saya seadanya," kata peserta program Big Stage 2020 iaitu Azzam Sham yang mengakui dia menyayangi Sheryl Shazwanie meskipun tidak pernah mengesahkan hubungan cinta dengan penyanyi tersebut.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 23, berkata Sheryl memahami dirinya yang serba kekurangan dan mempunyai sifat penakut.

Klik untuk gambar besar


Malah, Azzam menyedari dirinya bukan seorang lelaki yang menjadi idaman wanita namun berasa bertuah kerana mempunyai teman rapat seperti penyanyi lagu 'Perasaan' itu.

Terdahulu, Sheryl mengakui dia mula menyimpan perasaan terhadap Azzam Sham sejak penyanyi itu menyertai realiti nyanyian kanak-kanak Idola Kecil.

Menurut Sheryl atau nama sebenarnya Sheryl Shazwanie Shamsulbahri, 23, hubungan mereka mula rapat selepas masing-masing berada di bawah syarikat pengurusan sama sejak lima tahun lalu.


Malah, Sheryl juga datang ke konsert mingguan Big Stage 2020 yang berlangsung setiap Ahad di Pusat Kovensyen Antarabangsa (PICC) untuk memberi sokongan kepada Azzam.

Ditanya mengenai perancangan membawa hubungan mereka diperingkat yang lebih serius, Azzam menjelaskan dia belum memikirkan perkara itu namun berharap peminat mendoakan yang baik sahaja.

"Setiap minggu dia datang ke konsert Big Stage untuk menyokong saya. Kepada Sheryl, terima kasih kerana tidak pernah lelah untuk memberi semangat dalam apa jua yang saya lakukan.

"Buat masa ini belum lagi (perancangan kahwin). Kalau ada rezeki jodoh kami, insya Allah.. doakan yang terbaik buat kami ya!" ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: