11 September 2020

URUSAN KELUARGA ALI - MAMAT TAK MASUK CAMPUR, HARAP DISELESAIKAN CARA BAIK



Mengenai kemelut yang berlaku di antara sahabatnya, Ali dan kakak Ipar, Siti Norhidayah Mohd Ali, anggota kumpulan Puteh, Mamak enggan mengulas panjang berhubung perkara tersebut Bagi Mamak, kedua-dua pihak sudah cukup matang untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri tanpa campur tangan orang luar.

"Siapalah saya untuk mencampuri urusan keluarga mereka. Saya tidak masuk belah mana-mana cuma saya harap kemelut di antara mereka dapat diselesaikan secara baik.

"Saya juga berharap agar orang di luar sana juga tidak mencampuri urusan Ali dan Hidayah. Saya sedih baca komen-komen yang menghentam mereka itu dan ini. Sudah-sudahlah, berikan kedua-dua mereka ruang untuk selesaikan masalah mereka," katanya.

Mamak juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan arwah Abam supaya sentiasa tenang dan kemelut keluarga ini berakhir: "Orang luar doakanlah arwah sentiasa tenang di alam barzakh dan kemelut keluarganya berakhir dengan baik," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkembangan terkini, urusan tuntutan faraid Norhidayah yang difailkan pada 15 Julai lalu sudah diselesaikan hari ini.

Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Allahyarham.

Bagaimanapun, Norhidayah enggan mengulas mengenai dakwaan adik iparnya, mengenai wang RM10,000 yang dikeluarkan dari akaun arwah, sama ada ia akan dipulangkan semula atau difaraidkan.



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: