11 September 2020

SELESA JADI CIKGU - PU RIZ BERSYUKUR ADA PELAJAR HINDU MINAT TENTANG ISLAM



Sejak akhir Ogos lalu, pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz memulakan latihan amalinya sebagai guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2. PU Riz yang juga pelakon filem 'Ada Apa Dengan Dosa' itu mengakui selesa menjadi cikgu.

Kata Riz, dia tidak menolak untuk lebih serius dalam profesyen perguruan dan seronok memulakan tugas tersebut: "Sekarang saya dalam peringkat praktikal lagi, semoga dapat tempat sebagai seorang pendidik.

"Untuk serius menjadi guru apa salahnya. Ilmu sebagai guru ini bagus. Dalam al-Quran pun ada menyebut orang yang baik ini adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

"Jadi Alhamdulillah ada dalam kalangan pelajar saya yang beragama hindu misalnya berminat untuk mengetahui tentang Islam, jadi saya banggalah," katanya.

Klik untuk gambar besar


Ditanya tentang reaksi pelajar di sekolah apabila mengetahui dirinya dari latar belakang selebriti, jawab PU Riz dia tidak memandang ke arah tersebut.

"Awal-awal masuk sekolah adalah pelajar yang kenal saya. Tapi bukanlah itu yang kita nak cari. Handsome nak bawa pergi mana, mati nanti habislah.

"Kalau pelajar lebih fokus kalau nampak cikgu handsome dan itu yang nak dicapai maka okeylah. Saya tak pandang handsome ni, tak ada apalah sangat," tambahnya.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram PU Riz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: