11 September 2020

4 KALI MUNGKIR JANJI, TARIKH BAHARU 18 SEPTEMBER - MAN HARAP OGY LUNASKAN BAKI RM7,000



"Baki bayaran saya RM7,000 yang belum dilunaskan produksi berkenaan, milik pelakon Fauziah Ahmad Daud atau saya panggil, kak Ogy. Sudah empat kali sebenarnya penerbit mungkir janji untuk bayar.

"Tarikh baharu yang diberikan kini ialah 18 September. Jadi, saya akan tunggu dan harap betul-betullah duit itu ada. Saya faham, penerbit sekarang pun pasti berusaha gigih mengumpul wang untuk membuat pembayaran berkenaan.

"Tapi, kenalah sedia maklum saya pun ada komitmen juga," demikian kata pelawak dan pelakon, Man Raja Lawak yang berharap penerbit, Ogy Ventures & Network dapat melunaskan baki bayaran lakonannya yang masih tertungggak.

Klik untuk gambar besar


Man atau atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, 43, berkata sudah berbulan-bulan dia menunggu dengan sabar baki bayaran yang hingga kini tidak diterima lagi.

Menurut Man lagi, dia hanya mampu terus menunggu bayaran berkenaan dibuat kerana hutang tetap hutang yang perlu dilunaskan oleh pihak penerbit.

Apapun, katanya dia tetap kagum dengan sikap bertanggungjawab penerbit kerana masih ingat pada hutang yang belum selesai itu. Cuma, berharap pembayaran tidak lagi ditunda.


Terdahulu, pada 28 Februari dan 1 Mac lalu, Man terbabit dalam pementasan teater 'Korupsi Dewan Semandung' arahan Khir Rahman yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Man menggantikan posisi Allahyarham Abam Bocey yang sepatutnya beraksi dalam teater itu. Bagaimanapun, hingga kini kemelut bayaran tertunggak kepada sebahagian pelakon dan kru produksi teater didakwa masih belum selesai.

Teater 'Korupsi Dewan Semandung' turut membariskan pelakon lain seperti Mark Adam, Tauke Jambu, Douglas Lim, Syura Badron, Azmi Caliph Buskers dan ramai lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Man Raja lawak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: