05 September 2020

BERGEGAS PULANG KE KAMPUNG - ZIZAN MOHON DOAKAN NENEKNYA KEMBALI SIHAT



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelawak dan pelakon Zizan Razak yang memberitahu neneknya kini dalam keadaan tidak stabil dan mengharapkan doa orang ramai. Zizan, 36, berkata dia dan keluarga bergegas pulang ke Terengganu sebaik sahaja mengetahui berita itu.

"Assalammulaikum buat semua. Dengan rasa rendah diri Zizan ingin memohon semua supaya sama-sama mendoakan kesihatan nenek Zizan kembali sihat seperti sedia kala. Kerana Zizan baru sahaja dapat berita keadaan nenek Zizan tidak berapa stabil. "Dan sekarang Zizan terpaksa bergegas pulang ke Terengganu. Doa juga perjalanan Zizan dan keluarga selamat pergi dan pulang. Bismillah. Amin Ya Rabbal Alamin," kata Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak.

Pelakon filem 'Abang Long Fadil' itu berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu. Bagaimanapun Zizan tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai penyakit yang dialami neneknya. 

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan doa daripada netizen dan rakan selebriti antaranya Anuar Zain, Datuk Aznil Nawawi, Ummi Nazeera, Shiha Zikir, Johan dan Nabil Ahmad.

"Walaikumsalam Zizan. Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat nenek Zizan... safe journey to Terengganu bro," tulis Anuar Zain. - "Semoga Allah permudahkan segalanya dan memberi kesembuhan pada nenek," komen Johan.

Pelakon Ramona Zamzam turut meluahkan rasa simpati kepada Zizan yang terpaksa bergegas pulang ke kampung dalam keadaan keletihan selepas tamat penggambaran pada malam, Jumaat.

"Kesiannya ya Allah dah la kita habis shoot lambar gila semalam. Lepas itu you terus gerak Terengganu. Semoga nenek you cepat sembuh Zan! Be safe and see you on second episode," katanya.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zizan Razak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: