13 September 2020

BILA ISTERI-ISTERI BERI KEJUTAN 'SPIDERMAN' UNTUK ASHRAF MUSLIM



"Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku... Love both of you mama and ibu.

"Menjadi sungguh surprisenya... Malu kejap tengan-tengah pantai tu. Anyway thank you soo much!," demikian luah pelakon Ashraf Muslim apabila kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi bersepakat membuat kejutan untuk ulang tahun hari kelahirannya.

Ashraf yang dilabel sebagai 'ikon poligami' oleh netizen itu berkongsi momen manis tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Lebih mengujakan apabila hadiah dihantar oleh adiwira 'Spiderman' ketika sedang berada di kawasan pantai bersama-anaknya.

Klik untuk gambar besar


Ashraf berkata dia tidak menyangka kedua-dua isterinya merancang kejutan tersebut. Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih buat Dayana dan Wan Sakinah kerana sentiasa bersamanya saat susah dan senang.

Pelakon 'Ada Apa Dengan Dosa' itu turut mendoakan bidadari-bidadarinya itu diberikan syurga oleh Allah SWT. Difahamkan, ketika menerima kejutan tersebut Asraf dan keluarga sedang bercuti di sebuah pantai peranginan dalam negara.


Sementara itu di ruangan komen, pengikut IG Ashraf turut meninggalkan ucapan selamat hari lahir kepadanya disamping mendoakan pelakon tersebut bahagia disamping kedua-dua isteri tercinta.

Untuk makluman, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman, di Makkah pada 30 Ogos 2011, sebelum menikahi Wan Sakinah Ahmad Saburi, selaku isteri keduanya di selatan Thailand pada 7 Julai 2013.

Hasil perkongsian hidup dengan dua wanita itu, pelakon berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ashraf Muslim

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: