13 September 2020

JOHAN DILAMAR RAMAI WANITA TERMASUK PELAJAR SEKOLAH: "TAK LAYAN... BALAS SENYUMAN SAHAJA"



"Orang biasa ajak kahwin tu biasalah... tapi ada juga budak sekolah berumur 15 tahun ajak kahwin. Tapi biasalah budak-budak, saya tak layan cuma balas dengan senyuman sahaja.

"Saya anggap itu perkara normal dalam fasa mereka untuk meminati seseorang, nanti apabila dah besar mereka sendiri tahu kawal keinginan... budak-budak biasalah teruja lebih!

"Saya tak marah atau nasihat mereka sebab takut nanti terasa hati. Bagi saya lebih baik mereka minat artis Malaysia daripada gilakan artis luar dan buat benda lain yang salah," kata pelakon Johan As'ari.

Johan mendedahkan dia kerap menerima mesej lamaran daripada pengikut di laman Instagram yang menyatakan hasrat mahu menjadikannya calon suami.

Bukan sahaja wanita dewasa, malah ada juga dalam kalangan pelajar sekolah yang turut mencuba nasib dan berharap dapat menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon drama 'Juvana'.

Klik untuk gambar besar


Hampir 10 tahun bergelar anak seni, Johan mengakui berdepan cabaran dalam mengekalkan kariernya sebagai pelakon. Dalam hal ini, aktor berusia 33 tahun ini berkata, dia perlu bijak mempromosikan diri dan bersedia dengan kehadiran ramai muka baharu yang berbakat besar.

"Saya tak rasa diri saya popular... tapi saya akui sejak tahun 2013, selama lima tahun kerjaya seni saya berada di kemuncak. Saya terima pelbagai tawaran back to back dari semua stesen televisyen.

"Lima tahun pertama itu saya umpama pisang goreng panas dan selepas itu tawaran semakin perlahan... benarlah kata Datuk Rosyam Nor, saya kena rangka perancangan untuk terus kekal dalam industri.

"Saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini kerana ini semua terletak pada kita macam mana nak promosikan diri. Saya sedar pada waktu ini saya perlu usaha untuk terus terus berjuang dalam industri," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Johan As'ari

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: